27 Februari 2013

Hugo Boss Element For My Hubby

Assalammualaikum

Sebelum ni Aini yg dapat hadiah dari Hubby kan..Hadiah ape baca sini --> HADIAH <-- ek malas nak repeat citer lah.Macam kite plak punya birthday hehehe.

Pada 25.Feb.2013 yang lalu merupakan birthday Cinta Hati Aini yang ke-27 Tahun.Alamak you dah nak hampir 30-an lah auw.auw.auw masa muda berlalu cepat.Tak pe lah Sayang walaupun umur dah berubah tapi yang penting hati dan kasih sayang you pada Bb dan anak-anak still tetap tak berubah malah bertambah-tambah ek.(terkeluar plak loghat Johor hihihi..)

Begini lah rupa Hugo Boss Element

Sebelum ni Aini macam-macam dok fikir hadiah apa yang patut nak bagi ek Fikir-punya fikir paaapPp!!! Tetiba idea datang setelah ternampak perfume hubby Aini dah tinggal sikit.Hihi so Aini pun terus tgk koleksi Perfume yang terhangat kat pasaran lah.Dalam kepala Aini dah set nak belikan Perfume jenama HUGO BOSS.Tapi punyalah banyak jenis perfume HUGO BOSS ni pening nak pilih plak.

Mintak seller tu carikan mengikut cita rasa yang Aini bagi.Sebab hubby Aini tak suka pakai perfume yang baunya kuat sangat.Nanti die pening tak boleh buat kerja plak kat ofiz.Hehehe.Dia suka yang bau nye lembut dan tak berapa kuat lah senang citer.Akhirnya ketemu juga HUGO BOSS ELEMENT.


Taaadaaaa...Ni Die Hugo Boss Element Untuk Hubbyku

Selamat hubby Aini suke.Alhamdulillah,Die pun tersenyum-senyum jek balik kerja tgk ada hadiah atas meja.Bila buka lagi tersenyum hahaha suke tengok hubby gembira sepertimana die menggembirakan isteri dan anak-anaknya.So dpt kiss dr die serta ucapan terima kasih jgn jeles ni utk suami isteri yang sah tau.hahaha..Gatai.




Klu suka entri nie Plz LIKE

25 Februari 2013

Dapat Samsung Galaxy Note 2 Dari Hubby

Assalammualaikum

Pink colour tak boleh tinggal.Hihihi.

Seronok,gembira,teruja,terperanjat pun ada.Rasa macam mimpi jek sume ni.Mau taknye apa yg Aini inginkan masa tu lain.Dalam kepala ni dah fikir yang tu jek.Ape dia tu ek meh sini baca kat SINI.

Titanium Grey Pilihan Hati

Alih-alih insan tercinta belikan SAMSUNG GALAXY NOTE II.Wow-wow ni antara gadget terbaru dipasaran tau cam tak percaya jek lah Aini boleh dapat.Bersyukur sangat dapat husband yang amat menyayangi isterinya.Yang sebenarnya memang tak terfikir pun hubby sanggup belikan NOTE II ni.Tapi entah macam mana hubby boleh tergerak hati nak belikan untuk Aini pun tak taulah.

Apapun Terima Kasih buat hubby yang tercinta kerana sudi memberi isterimu smartphone baru.I love You sayangku..Kau buat hari-hariku tersenyum gembira.





Klu suka entri nie Plz LIKE

20 Februari 2013

Fewwit Dah Pandai Duduk Budak Comel Ni


Assalammualaikum

Hai..sumer tengok ni mamy dpt die snap gambar Baby Awish secara spontan die leh duduk sendiri.comey tak kita duduk.HiHihi.Cepat-cepat mamy die snap gambar comel die duduk sendiri ni.Nasib baik sempat lah klu tak die bukan reti dok diam sekejap jek dah merangkak jauh.

Budak kecik ni semakin ligat woo...Huru-hara lah klu tak ada yang tolong pantaukan die main dengan abang die.Nasib mak Aini ada boleh tolong tengokkan sementara Aini buat keje rumah.Yang Si Abang ni pun kuat dengki adiknya.si Adik plak 2 x 5 juga.Abang diam2 minum susu datang kat Abang tarik rambut lah,panjat kat badan Abanglah.Sian,nasib Abang tu mengalah juga dengan adiknya.

Minggu depan 26 FeB die dah nak masuk usia 6 Bulan.Amboi cepat benor masa berlalukan..Padahal terasa macam baru semalam jek bersalinkan budak kecik ni.HaHaHa..Bersyukur sangat dikurniakan anak-anak yang comel lagi aktif.Pengsan mamy die hero-hero plak tu.Aiyak!!Apa boleh buat itu rezeki kami kan knelah terima dengan Redha.




Klu suka entri nie Plz LIKE

18 Februari 2013

Solid Food Puree Apple


Assalammualaikum

Baby Awish kini sudah berusia 5 Bulan setengah, maka mummy nye ngade-ngade nak try bg solid food pada Baby Awish.First time bg Baby Awish makan adalah Puree Apple.Padahal tak disarankan oleh pakar pemakanan untuk beri bayi makan sebelum usianya 6 bulan ntah knape tak nak ikut nasihat tu.

Aini try bagi skit-skit tgk mcm mne penerimaan perut baby tu dlu.Tengok die poo poo lawas ke tak.Tu penting kne amik tau.Klu takde pape maknanya ok lah baby tu dah boleh terima makanan.Tapi igt jgn plak trus nak bg bubur nasi yer klu awal-awal starting tu sian baby.Permulaan kna perkenalkan dlu dengan puree buah-buahan sebab buah-buahan ni senang hadam.

Ok dah jgn nak bebel panjang.Jom tengok macam mana Aini buat Puree Apple ni untuk Baby Awish.

  1. Aini guna apple Fuji.Mula-mula cuci,kupas kulitnya, kemudian di potong kecil.(suke hati nak potong mcm man)
  2. Siap potong kita merebus nya pula,lagi elok klu dapat stim kan aje.Aini rebus jek sehingga apple tadi jadi lembut.
  3. Selepas itu tos kan apple yang dah direbus tadi dan biarkan ia sejuk seketika.
  4. Bila dah sejuk boleh lah start blander apple tadi.Pastikan guna blander yang berasingan dr kegunaan seharian kita dirumah.klu bercampur nanti takut ade rse yang tak enak plak.
  5. Siap dikisar dengan halusnya.
  6. Kemudian tapis apple yang siap dikisar tadi untuk mendapat hasil yang lebih smooth.Senang baby nak makan.
  7. Tadaaa..Siap puree Apple untuk Baby Awish.


Selepas tu boleh lah disimpan dalam bekas comel kemudian dibekukan.

Sebaikkan letak dalam ais kiub bekukan pastu keluarkan masuk dalam bekas lain.Tapi Aini tak beli lagi ais kiub heheh so gne ape yang ada kat umah.Tapi klu buat mcm Aini ni mmg makan ruang freezer ler..Hihihi.

Bila Baby Awish nak makan puree apple ni Aini campurkan dengan sedikit susu FM pasti dia makan mesti tak cukup.Sedap sangat lah tu.Hihihi..

Selamat mencuba pasti baby anda sukakan nyer...



Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Februari 2013

Contest Blog Comel


Kepada mereka yang nak sertai contest ini haruslah klik banner di atas yer.

Jom join kita tengok blog siapakah yang bakal memenangi blog comel tu.Sambil tu bolehlah berblogwalking kan..Selamat Mencuba kawan-kawan.

Tarikh Tamat Pada 10/3/2013


Klu suka entri nie Plz LIKE

13 Februari 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool


Nak join klik banner atas ni yer..

Sekodeng baik punyer terjumpa Giveaway yg gempak lah sebab memang menarik hadiahnya tu jom ler kita join rebutkan hadiah yang ditawarkan tu.

Hadiah-Hadiah yang bakal pemenang terima adalah :

Topup RM5 (celcom/maxis/digi) x 32 pemenang (cikgu fizi)
Bizcard (4box) x 2 pemenang (fizgraphic.com)
sticker x 5 pemenang (aimancool.com)
Button badge x 5 pemenang (duniashida.com)
T-shirt Blogger x 2 pemenang (kisahemasputih.com)


Siapa yang bakal Menerima Hadiah Menarik ini :

Top Referrel x 1 (BizCard 2box)

4 Pemenang Utama Berdasarkan entri dan blog

Topup + BizCard 2box
Topup + Sticker
Topup + Button Badge
Topup + T-Shirt Blogger


Selebihnya menggunakan random yang bertauliah dan adil

Topup RM5 x 28 pemenang
Sticker x 4 pemenang
Button Badge x 4 pemenang
T-Shirt x 1 pemenang

Ha!! tengok tu banyak giler hadiah yang ditawarkan.Sapa yang tak nak join tu memang rugi lah..kan..kan..kan..Berpinar biji mata ni ha..

Total Hadiah sebanyak = 42 (jika peserta melebihi 300++ hadiah akan digandakan)


Klu suka entri nie Plz LIKE

Little Boy Posing Baik Punyer!!


Assalammualaikum


Baby Awish kini semakin laju merangkak pada usianya 5 bulan setengah.Kini die ada syle baru, lepas dia penat merangkak die pasti akan posing duduk camtu sebab penat kan.hahaha.Anak oh anak terlalu cepat kamu berlajar.Syukur Alhamdulillah.

Psst..Mummy sy dh bg sy mkn tau..hehe sebab tu sy aktif kuat dan bertenaga.Cewah..Hehe walaupun nmpk bdn saya ni kecik tp sebenarnya sy ni kuat makan taw..Jangan tak caya..Ok lah sy nak sambung merangkak lg bubye...



Klu suka entri nie Plz LIKE

8 Februari 2013

Cara Betul Memberi Bayi Makan



CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1) Anak berada dlm keadaan selesa
- Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian bayi,gunakanlah bib.

2) Makanan yg sesuai
- Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu

3) Tidak terlalu panas
- Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu

4) Bersabar
- Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum biasa utk makan.Jadi,ambillah masa

5) Jaga kebersihan
- Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit

6) Pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu
- Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan

**INFO**
Masa terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.



Klu suka entri nie Plz LIKE

7 Februari 2013

Madu Selamat Untuk Bayi Atau Tidak?


Assalammualaikum


Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah2, cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’, dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian. Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan. Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.


Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya, simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda. Jika tidak segera mendapatkan rawatan, simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan, kaki, badan dan otot pernafasan.

Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.



Sumber maklumat:

1. http://www.wholesomebabyfood.com/infantbotulismhoney.htm

2. http://www.health.uab.edu/17746/

3. http://www.cdc.gov/nczved/divisions/dfbmd/diseases/botulism/



Klu suka entri nie Plz LIKE

3 Februari 2013

BabyLove Growpants Percuma!!


Assalammualaikum


Ni event yang di adakan pada 3 Feb 2013 iaitu hari ni di beberapa lokasi Econsave yang tersenarai.Cek punya cek adalah tersenarai lokasi Econsave kat tempat Aini Econsave Taman Daiman Jaya.Apa lagi tak  terbeliak sekejap biji mata ni.Benda FREE sape tak nak kan..Hehehe..

Mula-mula En.Hubby cakap nak pegi ke time hujan-hujan ni.So fikir nak bawa baby susah plak time hujan kan.Konon tak jadilah nak pg.Sekali tu hujan reda dah pulak hubby plak ckp nak pg tak.Tgk jam dah kul 4 lebih dah.Ni klu sempat ada lagi stok yer adalah.


Ni lah yang Aini dapat untuk anak...

Sampai jek kat Econsave nampak staff babylove ni dah kemas-kemas.Aini tanya dah abiz ke?Die pun ckp dah tutup.Tak apalah ada lg tapi saiz L16 jek yang tinggal, you amik lah ni tulis detail.Alhamdulillah rezeki anak Aini.Klu dah rezeki tu ada tak ke mana pun kan. :)

Nak SAMPLE FREE blh juga klik kat link ini---> FREE


Klu suka entri nie Plz LIKE

1 Februari 2013

Baby Awish 5 Month


Assalammualaikum


Hai nama sy Baby Awish,saya sekarang dah 5 bulan tau.Berat sy 5.6kg jek tapi Comel tak saya pakai topi.Saya dah pandai nak merangkak tapi masih lagi dalam tahap pembelajaran.Fabret sy suke masukkan jari dalam mulut.Erm...sedap tau rse masin-masin..Hehehe..Mummy die plak lebih-lebih ni kan..

Pejam celik- pejam celik tak sedar masa berlalu dengan pantas anak-anak kian membesar tapi sayangnya mummy die yg tak besar-besar mcm mane ni?Hahaha..Takpe lah biar anak-anak besar, mummy slim-slim jek nanti org akn ckp kita adik beradik bukan anak dengan mummy..Cewah belum pape dah berangan..Bersyukur sebab dapat tgk perkembangan nya yang semakin aktif walaupun kecik tapi kuat tendang woo..Fuh!!mangsanya adalah mummy ler sape lg kan..

Yang penting anak-anak mummy semua sihat-sihat belaka yerk..Sayang kamu sesangat lah sangat..Mmmuuaaah!!!




Klu suka entri nie Plz LIKE