29 Julai 2011

Title Blog Bergerak

   Step 1
   Copy code kat bawah ni :


<script language=javascript>
msg = "Title Blog Anda";

msg = "..." + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos);
pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
</script>
   Step 2

   Pergi Dashboard > Design > Add A Gadget > Html/Javascript
   Pastekan code yg di copy td.
   
   Gantikan "Title Blog Korang" dengan apa saja yang korang suka nak letak.Kemudian Save dan lihat hasilnya..


Klu suka entri nie Plz LIKE

26 Julai 2011

Cara Tukar Background

Ramai blogger baru mcm sy ni tak tau cara nak tukar background blog masing2.sekarang sy akan berkongsi idea dgn korunk lak yerk..hehehe

Step 1
*Penting sebelum melakukan kerja ubahsuai harus lah save template anda dahulu yerk!.

Go to Dashboard > Design > Edit HTML >Tick Expand Widget Template
kemudian tekan Ctrl+f cari code body {

contoh coding nya macam ni 

body {
  background:$bgcolor;
  margin:0;
  color:$textcolor;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;
  }


Step 2

Nampak kan background:$bgcolour; ok anda boleh buang code tu dan tukarkan dengan code di bawah ini:

background-image:url('URL BACKGROUND');
background-position: center;
background-attachment: fixed;


Step 3 

Ok sekarang gantikan URL BACKGROUND tue dengan url direct anda.Pastu Preview dulu klu xde error pd background yg anda pilih bolehlah anda trus save.Selamat mencuba yerk..


Klu suka entri nie Plz LIKE

21 Julai 2011

Beg Bonia Pink


Aku baru jerk beli beg pink ni dengan akak Mar Shita .Pergh! bila 1st time tgk jerk beg ni aku trus berkenan.Tanpa berfikir lama aku terus sambar sebab beg ni dah ready stok lg pun tak banyak unit.Kebetulan pula beg yg selalu aku gunakan pun dah koyak gara-gara anak bujang aku sorg ni ler..(Danish)
Nak tau harga?hehehe meh sini aku cerita..beg2 yang jenis mcm ni semua dijual pada harga Rm40.00 sahaja xmahal pun kualiti yg baik jg tp xsama lah mcm yg gred AAA 2 kn hehe..Ni gred A pun oklah kan..tp harga lum termasuk kos penghantaran.Kos penghantaran cam biasa lah Rm6.00 jek.Kalau sesiapa nak cari beg jenis mcm ni dengan harga "best price" jenguk2 lah wall kak --> Mar Shita <--
Aku suka!Aku suka!..hehe mcm ni lah gelagat orang dpt beg baru kui3..


Klu suka entri nie Plz LIKE

18 Julai 2011

Dapat Rebet Tunai


Aku dapat surat dari ducthlady moms club..Ingat risalah jek ker ape.


Sekali buka tgk ada dapat rebet tunai lah..Rm 5 lak 2 jimat skit beli susukan guna rebet ni..hahaha tp sah hanya di Giant yg mengambil bhagian jek.Pastu ada plak 1 form suh isi dan letakkan 1 kod bar susu ducthlady 1kg dapat ganjaran 50 mata.Biasa 1kg dapat 20 mata jek.Wow!!Hehehe alahai xsia2 aku bagi susu Ducthlady pada Danish sejak dari newborn lg.Bermula dari Langkah 1,Langkah 2 dan sekarang Ducthlady 123.


Klu suka entri nie Plz LIKE

17 Julai 2011

Singgang Ayam Kunyit

BAHAN-BAHAN

  • Ayam
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 cm Kunyit hidup(serbuk pun blh)
  • Pati Ayam
  • Lada Hitam
  • Daun sup
  • Minyak untuk menumis
CARA-CARA

  1. Tumbuk lumat bawang putih,halia serta kunyit hidup(lg sedap ditumbuk drpd gune blander)
  2. Tumis bahan yg dah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam masak sehingga separuh masak
  4. Masukkan lada hitam,pati ayam
  5. Tutup dan biarkan ayam td masak dengan api sederhana.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Note:Resepi ni slalu mak masak masa saya dalam pantang..Mmg menyelerakan.

~SELAMAT MENCUBA!!!~


Klu suka entri nie Plz LIKE

14 Julai 2011

Ayam Masak Black Pepper


Bahan - bahan

  • 500 gram Ayam
  • 4 ulas bawang merah(dikisar)
  • 2 ulas bawang putih(dikisar)
  • 2 inci halia(dikisar)
  • 1 btg serai(diketuk)
  • Lada hitam
  • sos tiram
  • Kicap pekat
  • Pati ayam
  • garam
  • gula
  • Minyak masak untuk menumis
Tips: Nak nampak menarik lagi blh letak lada merah dan daun sup.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga hampir masak serta serai yang dah diketuk untuk menaikkan bau.
  3. Masukkan sos tiram,kicap pekat,lada hitam,pati ayam,garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sampai ayam tadi dah masak.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!!!


Klu suka entri nie Plz LIKE

12 Julai 2011

Daging Black Pepper


Bahan-bahan

1 kg daging
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu cili kisar
Lada hitam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Gula
Minyak masak untuk menumis

Cara - cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali sampai naik bau.
  2. Masukkan daging biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan sos tiram,kicap,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  4. masak sehingga daging empuk.
  5. siap untuk dihidangkan.
Tips
  • untuk lebih sedap, perang daging bersama lada hitam,bawang besar,bawang putih danhalia yang dikisar.
  • Boleh masukkan capsicum untuk lebih sedap dan lebih menarik.


Klu suka entri nie Plz LIKE

Pureen Liquid Cleanser Mint Flavour



Sekarang ni aku dah tukar menggunakan Pureen Liquid Cleanser Mint Flavour untuk kegunaan harian mencuci semua barangan Danish.Knape aku pilih brand Pureen ni sebab tekstur sabun nye yg cair tidak begitu pekat senang nak digunakan.Lgpun ia diperbuat daripada bahan semulajadi so selamat digunakan.Sesuai sangat untuk mencuci semua jenis peralatan bayi.Bukan tak boleh gunakan sabun cuci pinggan biasa 2 tp sabun biasa 2 mengandungi bahan kimia.Takut jg ada kesan pada ank2.Macam Danish ni kena cuci peralatan penyusuan dengan bersih kalau tak bersih nanti dah mula perut die meragam pastu asyik popo cair..Kebersihan amat penting untuk semua..
Features:
  • Effective 
Effective in removing milk fats and stains.
  • Selamat 
Specially formulated from plant based ingredients. Safe for cleaning baby accessories, fruits and vegetables.
  • Cara Penggunaan: 
Untuk mencuci Barangan Bayi (Feeding Bottles, Teats, Pacifiers and Toys)
  • Hanya campurkan 2.5ml (1/2 teaspoon) of Pureen Liquid Cleanser with 1L of water. Immerse the accessories into the solution and use Pureen bottle/teat brush to clean feeding bottles and teats. Rinse well with water. Use Sterilizer(gunakanlah brand ape pun blh) to sterilize the cleaned feeding accessories.
Untuk mencuci Buah-buahan and Sayuran
  • Campurkan ¼ teaspoon of Pureen Liquid Cleanser with 5L water. Immerse the fruits and vegetables for around 5 minutes, clean them and rinse thoroughly with water.


Juga terdapat dalam bentuk Packing:
  • Mint Flavour - 250ml & 750 ml & 600ml (Refill Pack).
  • Orange Flavour - 750 ml & 600ml (Refill Pack).



Klu suka entri nie Plz LIKE

1st Birthday Danish


Tanggal 6 Mei 2011-Jumaat 
Pejam celik -pejam celik genap sudah usia Muhammad Danish Thaqif  1 tahun..Alhamdulillah dah besar anak mummy ni kan..aku berjaya jg besarkan anak sendiri..Pada 7 Mei 2011 aku telah mengadakan 1 majlis sambutan Hari Jadi Danish.Majlis bermula pada pukul 8.30mlm.Ramai jg tetamu yang hadir bg memeriahkan majlis ini.Syukran.Ini dia kek istimewa yang ditempah khas untuk anak kesyganku ini.Aku tempah dr sedara aku gak die mmg pakar buat kek n cup cake.klu nak tempah leh ler jenguk2 page Lynnluvcupcakes .Mulal-mula aku planning nak letak ler gambar muka danish kat kek 2 tp owner yg bt kek 2 lak ckp xsempat nak print..tup2 aku pun tukar planning letak lh gambar ben10 ni sebab Danish ni minat Ben 10 gak.Kek ni bukan kek sponge biasa sebab 2 cam agk mahal skit r berbanding kat kedai 2.Ni aku mintak kek coklat.Harga die 2kg Rm80 sahaja.selain dr kek macam-macam jenis makanan yang aku sediakan antaranya : Roti jala,Mee soto,mcm2 lg r nak sebut aku pun lupa dh.majlis dh lme tp bru nk update kat blog...(hehehe)..


Klu suka entri nie Plz LIKE

11 Julai 2011

koleksi Terbaru Tommee Tippee


Salam sejahtera semua,..
Botol Tommee Tippee lg?Hahaha yang ni aku bru beli untuk si Danish.Brape lame aku order bru skang ni dapat botol ni kat tangan aku..Fuh!! jenuh menunggu tp xpe botol ni aku cuma wat tambah stok jek.(hehehe).Kali ni aku order kat Kak Salwa tokey kedai online LittleAulaD Babyshop kat sini leh dpt harga baik punya..hehehe.Dapat free postage lagi..Yang best nye klu untuk pre-order 2 kita blh byr deposit dlu selebihnya bila barang dah sampai.


Klu suka entri nie Plz LIKE

7 Julai 2011

Mummy dengan anaknya yang comei


Masa hari minggu yang lepas aku nak pergi ke rumah sepupunya Danish.Ada buat majlis sambutan harijadi Irfan dgn Alysa yang ke-2 tahun.Ni sementara ontheway aku sempat lah snap kat dlm keta dgn ank ku sorg ni.Daddy die xdpt nk interframe skali coz kne drive kan.(hahaha padan muka) Ok. nak cite pasal hadiah yang aku bawa untuk budak berdua tue lak.Si Irfan kita org bagi set senapang ngan peluru lg yang alysa plak biasa r girl kan bagi r set barbie dolls.Masa tgh dok pilih hadiah bdk2 ni si Danish pun sebok jg nak pilih tp untuk die.Die mula2 nampak lori sebok ckp lori2 dah pastu daddy die pegang senapang die nk plak senapang tue.Akhirnya daddy die belikan mainan binatang dinasor bukan ape xpecah main paling tahan lama.Si Danish ni klu main mainan sekejap jek dah jahanam.Mana x nya dihempas2 mainan tu lme2 berderai sudah.Lepas dah beli tu semua kita org pun blik rumah,sampai kat umah die blh plak cri mainan senapang tue dh x pedulikan dah mainan dinasor 2.Aduh!!bdk ni terpaksa malam tu jg aku bungkus n trus simpan kat tempat tinggi klu x jwbnya die yang punya(Hahahaha).Dah pandai skang nampak mainan sume nak nasib baik ank ku ni jenis x kuat mengamuk..


Klu suka entri nie Plz LIKE

Sup Ayam Special


Bahan-bahan ( 8org )
  • ·         1 ekor ayam potong 16
  • ·         1 labu bwg merah
  • ·         2 ulas bwg putih
  • ·         1 inci halia
  • ·         sebatang kulit kayu manis
  • ·         4 kuntum bunga cengkih
  • ·         2 kuntum bunga lawang
  • ·         3 iji buah pelaga
  • ·         2 bj kentang
  • ·         1 btg lobak
  • ·         1 mangkuk air panas br masak
  • ·         lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • ·         daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara
  1.  Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2.   Bwg merah & bwg putih dikisar halus.Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong  bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4.  Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5.  Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7.  Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang



Klu suka entri nie Plz LIKE

6 Julai 2011

Bottle Sterilizer + Warmer Little Bean


Ni dia benda yang dah lame aku nak belikan untuk Danish tapi daddy dia cakap nti dlu.Aku dok survey kat on9 shop rata2 harga sama cuma pd perbezaan kos penghantaran jerk...Lepas dh survey aku buat kputusan nak beli kat MyBBstore.com dengan harga Rm159.90 time ni tgh sale..Harga asal rm199.90 tgk betapa jimatnya klu beli time sale ni.Yang edition ni jenis combo dapat sterilizer dgn warmer skali.Memang jimat.Kepada sesiapa nak cari sterilizer ni cari time tgh sale mmg jimat lah..Dapatkan segera di MyBBstore.com , LittleWhiz , One Baby World , Peekaboo sementara tgh sale skang ni..

Ni dia rupa bentuk STERILIZER LITTLE BEAN

 CARA PENGGUNAAN:


  • Masukkan 90ml air bersih kat tempat khas sterilizer tu.
  • Letak botol susu dan aksesori yang nak disteril kan kat tempat rak khasnya yang warna hijau.
  • Kemudian,masukkan dalam sterilizer dan tutup dengan penutupnya.
  • Pasang plug kemudian,tekan button START.
  • Kerja steril td akan berlaku dalam tempoh yang singkat 8 minit jek.(LCD akan tunjuk nti)
  • Bila dah siap steril,Sterilizer tadi akan bunyi(Tet!Tet!)


Ni plak rupa bentuk WARMER LITTLE BEAN

Cara penggunaan:

  • Sebelum tu isikan 110ml air bersih dalam bekas warmer tu.Direct trus kat warmer 2.(Jgn takut xkan meletup punya).
  • Kalau nak panaskan susu pusing kan suis hijau tu ke label 40 °C(lampu LED akan menyala)
  • Masukkan botol terus ke dalam warmer tersebut.
  • Kalau nak panas kan makanan letak kat dalam bekas warna hijau,kemudian pusingkan suis ke 70 °C
  • Kalau nak steril botol pun boleh letak air 110 ml kemudian laraskan ke 100°C
Sila klik Sini --->> TERIMA KASIH <<--- jika bermanfaat kepada anda





Klu suka entri nie Plz LIKE

3 Julai 2011

Pampers Pet Pet


Sebelum ni Danish pakai Huggies jek..Masa aku online facebook aku jengah ler laman Hospital Besalin ibu2 kat sne bercerita tentang pampers yang ank2 meraka gunakan.Macam2 brand yang kuar tapi yang paling top dan paling ramai yang puji pampers PET PET ni ler..Dengar ramai yang cakap bagus aku pun suh ler En Hubby try beli si Pet Pet ni.En.Hubby aku ckp huggies offer Rm28.95 , Pet Pet lak Rm33.89 tapi aku dah terpengaruh nak juga cuba Pet Pet ni.
Malam 2 juga aku try gne Pet Pet pada Danish.Esok pagi aku bangun aku cek ler pampers die mmg btol xbocor,xbau hancing sgt,yang paling best sentiasa kemas jek kat pinggang getah nye x cepat kembang pun.Aku berasa puas hati dgn Pet Pet ni.Aku pun buat ler perbandingan dengan pampers lame Danish 2, Pet Pet lebih lembut lg dari HuggiesAku sudah jatuh cinta lg..hahaha.


Klu suka entri nie Plz LIKE

2 Julai 2011

Huggies Pilihan Hatiku


Ini lah pampers yg Danish dok slalu gne dari S sampai lah skang ni L..Huggies merupakan pilihan pertamaku kerana kulit Danish sgt sensitif..so ble pakai jenama lain nti cepat sangat naik ruam...Harga pun amat berpatutan..Biasanya aku beli kat Econsave atau kat tempat aku ni Pasar Raya Kini dalam harga RM36.00 lbh kurang mcm 2 lah...Time ada offer plak harga die Rm31.90.Kenapa aku pilih huggies untuk Danish sebabnya :

  • Murah
  • Lembut
  • Pita Pelekat yang boleh guna semula
  • Menyerap basahan dengan baik



Huggies Newborn ni msih bru lg...mcm tau2 jek aku nk bersalin huggies kuar produk baru..hehehe..Danish dlu mse newborn mmg gne huggies ni lh.Daddy dia lh yg pg cri pampers ni.Asalnya akak aku lah yang syorkan guna huggies ni.mmg lh mahal skit tp dh sesuai dgn kulitnye yang gebu 2.Orang kata biar selesa pada babykan..Masa sblm Danish lahir iparku xbg bli pampers dlu sbb die nk bg Drypers newborn ank die yg ada lebih,sebab anak die dh tukar ke saiz S.Tapi mcm xsesuai jek ngan kulit die tu yang tukar ker Huggies.


Klu suka entri nie Plz LIKE